Friday, September 12, 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 
c
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Thursday, September 11, 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum

[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang indah ^_^y



#Klik banner untuk join#

Senarai Hadiah-hadiah :

  • topup rm5 (2 pemenang)  
  • topup rm10 (2 pemenang)
  • topup rm 5 (enam pemenang) 
  • sehelai blouse
  • topup rm5 (4 pemenang) 
  • tudung ala fareeda (1 pemenang)
  • sehelai dress (1 pemenang ) 
  • topup rm 10 (1x) 
  • topup rm 5 (1x)
  • 1 pewangi kereta 
  • 1 tudung bawal ruffle 
  • keychain  (2x) 
  • topup rm 10 (2x) 
  • 2x sample perfume grade 5A (2-5ml)
  • 5x diskaun voucher pembelian Rexylla
  • 2x topup rm10
  • usb card reader
  • cash RM50


Tempoh GA 1 September-30 September 2014
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Pesanan Lukmanul Hakim

Assalammualaikum, entry kali ni 'Pesanan Lukmanul Hakim_Sahabat Nabi SAW yang alim kepada anak-anaknya

1# Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang telah karam didalamnya, jika engkau ingin selamat layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah

2# Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat

3# wahai anakku seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagai baja untuk tanam-tanaman

4# wahai anakku, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar

5# wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir di majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya akan mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata

6# wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu manimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan

7# wahai anakku, bukanlah satu kebaikkan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api tetapi setelah banyak dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mehu mengumpulnya

8# wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah, bila mana dalam kemarahan itu dia masih mahu menginsafkanmu maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan dan jika tidak demikian, maka berhati-hatilah

9# wahai anakku, bila engkau berteman maka tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, biarkanlah dia mengharapkan sesuatu darimu

1# wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu, perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan

11# wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu, janganlah engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain, sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Precious Giveaway

Assalammualaikm, GA ke2!



#Klik banner untuk join#

Perkara yang berharga dalam hidup saya, diberi kesempatan dan peluang untuk mendoakan kebahagiaan untuk orang-orang yang saya sayang, semoga doa-doa saya tidak tergantung di antara langit dan bumi, :'(

Hadiah :

10 barang istimewa untuk 10 pemenang


Tamat : 3/10/14


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

2nd Giveaway by Miminadam

Okey, lama xjoin GA, GA by Miminadam ni GA pertama yang saya join malam ni, jomlah join sama yeeee
sebab saya join, sebab SAYA NAK MENANG HADIAH!


#sila klik banner untuk join#

Hadiah :
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Petua Orang Lama

Assalammualaikum,

Petua Orang Lama? emmm, tajuk pun 'petua orang lama' kan, jadi jangan 1oo% percaya ok, kalau baca boleh, tapi kalau nk percaya, its up to u, :P



Terlalu lama berdiri
merosakkan tulang, urat-urat sekitar kaki menjadi kembang, liang vagina sentiasa basah

Terlalu lama duduk
merosakkan lipatan daging, akan mudah dihinggapi penyakit tua, tubuh badan menjadi kendur

Terlalu lama berjalan
merosakkan urat, dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya

Terlalu lama melihat
merosakkan darah, darah haid menjadi terlalu kotor dari kebiasaannya

Terlalu banyak tidur
merosakkan tenaga, menjadi pemalas, jauh jodoh

Selalu berangan-angan
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat, mudah dijangkiti kemandulan

Terlalu riang/gembira
merosakkan usus, mudah dijangkini keputihan pada liang vagina

Terlalu kerap marah
merosakkan hati, cepat kelihatan tua

Terlalu banyak berfikir
merosakkan limpa, kulit muka cepat berkedut, haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan, kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas

Terlalu banyak bersedih
merosakkan jantung

Terlalu merana
merosakkan paru-paru

Terlalu takut
merosakkan ginjal, apabila fungsi ginjal terjejas boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung

Terlalu kerap terkejut
merosakkan pundi hempedu, gejala pening kepala kerap dialami, haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih

Terlalu banyak makan
merosakkan pencernaan, mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk, liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina

Terlalu banyak minum munuman berais
merosakkan otot dan lambung, badan dan payudara menjadi lembik, berat badan meningkat, mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda

Terlalu banyak masa lapang
merosakkan fikiran, kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif

S E K I A N
p/s kalau perasan, banyak saya guna tanda koma, sebab tanda noktah rosak, x bole tekan, hehehehe
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Wednesday, September 10, 2014

Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana

Assalammualaikum, klik banner untuk join





Hadiah:
Custom made tshirt x 1
2 jar crunchy bubble
 x 1
Eyemask 3 pcs x 2
Magnet bookmark x 4
Purse Anna Sui x 2
Tasbih x 9
Topup/Cash RM10 x 1
Topup RM5 x 3
Charcoal mask & tudung x 1
English cotton x 1
Blouse and wideshawl x 1
Handsock x 2
Shiseido mask & Pixy cleansing lotion x 1
Egg white misline x 2
Kartun potrait x 3

Tarikh tamat: 20th September 2014, 10pm


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Monday, September 1, 2014

HaPpY BirthDay 2nd September

Assalammualaikum... weiii... lama xupdate entry. hari berganti hari memang macam2 benda yang dah berlaku sejak x update entry ni. huhu. Adey, lebih setahun saya ingat laptop saya ni rosak. sebab on2 xdpat. sampai pinjam laptop kawan tuk buat assignment sampailah habis study. inilah erti kemerdekaan buat saya. kebetulan on lappy 31 ogos 2014, ahad lepas. hahaha.. betul2 merdeka owh saya rasa.. haha.


Dan hari ni hari lahir saya. 2 september, selasa. dan saya anggap lappy hidup balik ni tuk hadiah hari jadi saya.. hehehe :P 2 hari lepas hari merdeka. Salam Merdeka semuanya. "Di sini lahirnya sebuah cinta'. Banyak terlepas segment bulan lalu :'( . terima kasih pada mereka2 yang wish birthday saya. sempena hari lahir yang keeee... 26 ni, saya harap impian dan doa saya termakmul. InshaAllah. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat saya. :) . biarlah saya dan Dia sja yang tahu apa doa dan impian saya. kerana itu lebih indah. Hehehe...
hari sabtu ni saya ada peperiksaan online spa tuk penguasa kastam gred41. wish me luck ok. besok kursus mcm mana jawab soalan exam dia. kursus dekat kk. calonnya memang ramai. dengar2 sampai 84ribu org. saya haraaaap sangat saya lulus exam tu nanti. doakan saya ok :) . baiklah, sampai sini dulu yeeee. broadband dh nk expired. pnjg umur buat entry lagi. jaga diri baik2 :) Assalammualaikum.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Malam Cinta Rasul




Malam Cinta Rasul, malam berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. dah keliling Malaysia program ni berlangsung. memang dapat sambutan. hati manusia yang selalu bernoda dosa, dan dalam proses untuk berhijrah menyucikan hati memang akan tersentuh bila dengar qasidah2 yang diperdengar dalam program Malam Cinta Rasul ini. Indah memang indah. sangat indah, Tersangat indah sebenarnya. Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al hamid, wajah, suara dan katanya begitu menenangkan. Cintai ALLAH kita,  cintai juga Rasul kita.

.

Qasidah Wahai Purnama

Wahai Purnama... wahai purnama
yang indah lagi sempurna
Bagaimana... bagaimana
Nak kuluah dengan kata-kata
Engkau menyinar di alam tinggi... di alam tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan
Denganmu alam bergemerlapan... bergemerlapan
Zahir batin dengan Nur nikmat dan kurniaan
Selawat ALLAH keatasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua... siang dan malam jua
Selawat jua pada ahlimu dan sahabat-sahabatmu
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, May 30, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Thursday, May 29, 2014

6 Kategori Wanita

Assalammualaikum... hari ni rancang nk follow back blogger yg dh follow blog saya, tapi line tk berapa nk okey pulak. Mungkin sebab hujan pagi tadi, huhu.. InsyaALLAH, nanti saya follow back ok, =)




Okey, today I want to share with u guys tentang beberapa kategori wanita.. hehe.. ada 6 kategori. Tapi ini cuma gelaran sahaja. Maaf jika kata/ucapan/perkataan yang digunakan agak kasar sedikit. So, mari kita skodeng  :P

Kategori Pertama... WANITA SELIPAR JEPUN
Wanita jenis ini dikatakan wanita jenis murahan. Mereka boleh 'dipakai' oleh sesiapa sahaja untuk dibawa ke tempat2 yang sesuai dengannya. Lelaki yang 'memakai' selipar jepun pula terdiri daripada mereka yang setaraf dengannya, yang mendedahkan 'kakinya' kepada segala kekotoran. Seboleh-bolehnya, janganlah kita menjadi wanita selipar jepun =)


Kategori Kedua... TUALA PAKAI BUANG
Wanita jenis ini pula terdiri daripada wanita liar yang 'dipakai' apabila diperlukan dan 'dibuang' begitu sahaja selepas 'digunakan'. Mereka menjadikan pelacuran sebagai profesion untuk mendapatkan bayaran perkhidmatan untuk menyara diri dan keluar mereka. Nampaknya mereka melacurkan diri untuk mendapatkan wang secara mudah dan menyeronokkan tanpa mempedulikan soal moral.


Kategori Ketiga... WANITA KOSMETIK
Mereka terdiri daripada wanita yang tidak mempunyai budi pekerti yang baik tetapi berlagak atau berpura-pura bagi bagi memenuhi kepentingan diri mereka. Wanita jenis ini mempunyai personaliti yang cantik diluar tetapi hodoh di dalam. Dia boleh menjadi gunting dalam lipatan. Dia juga mempunyai telunjuk yang lurus tetapi kelingkingnya berkait. Anda perlu meneliti karektor wanita di sekitar anda. Mungkin terdapat wanita kosmetik seperti yang dibayangkan ini. Berwaspadalah apabila anda berdepan dengan wanita seumpama ini.
 

Ketegori Keempat... WANITA PLASTIK
Apa yang dimaksudkan dengan wanita plastik ialah golongan wanita yang tidak mempunyai sifat-sifat kewanitaan sejati. Mereka bersikap kasar, tidak bertimbang rasa, tidak menghormati golongan lelaki, malah ada di antara mereka yang tidak mempunyai naluri keibuan  sehingga sanggup mendera atau membunuh anak sendiri. Mereka mungkin mengalami gangguan mental dan emosi yang kronok dan memerlukan kaunseling dan rawatan yang khusus. Mungkin mereka mempunyai sejarah lamapu yang 'hitam' seperti menerima tekanan daripada individu yang pernah dikenali, atau dianiaya oleh pihak tertentu. tidak hairanlah mereka boleh bertukar daripada wanita asejati kepada wanita plastik.

Kategori Kelima... WANITA BESI
Inilah jenis wanita yang menjadi penggerak dan pemaju negara. Mereka bergiat di dalam berbagai bidang dan mencapai kejayaan yang menjadi kebanggaan negara. Mereka bukan sahaja mencipta kejayaan peribadi, malah mereka juga menaikkan nama bangsa dan negara di peringkat global. Wanita jenis ini mempunyai semangat yang tinggi, jiwa yang kental, berani menghadapi cabaran, sanggup menghadapi sebarang risiko serta berpandangan jauh. Kalau anda ingin berjaya di dalam hidup, contohilah cara mereka berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

Kategori Keenam... WANITA TELESKOP
Wanita jenis ini banyak menimbulkan masalah di dalam masyarakat. Mereka gemar meneropong tingkah-laku dan perangai orang lain untuk mencari keburukkan. Apabila mereka melihat keburukkan orang lain, mereka akan menghebahkannya. Mereka akan memperbesarkan keburukkan yang kecil atau menghodohkan yang canti. Mereka gemar mendedahkan keaiban orang... Apabila perangai mereka yang buruk itu diketahui umum, mereka pandai menyembunyikan 'teleskop' dan bersikap seolah-olah tidak melihat apa2pun di sekitar mereka. Sikap mereka yang teleskopik itu adalah suatu sikap yang buruk. Untuk menyelamatkan diri anda daripada wanita jenis ini, anda perlulah sentiasa melindungkan diri anda disebalik dinding rumahtangga (Jangan suka berbual2 kosong di kawasan perumahan) dan pastikan tiada 'lubang, sudut dan ruang' yang membolehkan mereka meneropong diri anda.

p/s Apa2pun, jangan suka judge orang melalui pandangan pertama. Kadang-kadang pandangan/persepsi yang kita letakkan pada seseorang hanya dengan pandang pertama tidak memberikan fakta yang sebenar tentang seseorang. Hati-hati kawan! Assalammualaikum =)






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, May 20, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih




Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014

Kata tuan punya penganjur giveaway, Jika penyertaan kurang daripada 100 orang, mungkin giveaway akan dilanjutkan, bagitau kawan-kawan yang lain biar giveaway ini tamat tepat pada tarikh ini.

okey.. apa2pun kalau nak join, sila klik Banner dekat atas k, =)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Smile Giveaway by Shad


Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Giveaway ini dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh
Ekin SchmidtAna Solehah | Aimi Syafiqah | Izzat Syahir | Akma Khaieri |
  Nur AmeliaHajarNizam | Nur Intan | Hakimi | Rexylla | Tasha Aqisha
Syamimi dan Shad


SENARAI HADIAH AWESOME

Cash RM20 x1. If >100 peserta + Cash RM20x1
Maxi dress x1
Tudung Bawal x2
Top-Up RM5x6
Special bookmarkx5 . If >150 peserta +5 bookmark
Tudung halfmoon & buku recipe x1
Top-up RM10 x2
Sample perfume grade 5A x5
- 1 Million by Paco Rabanne (5 ml) x1 
- Lancome Miracle (2 ml) x1 
- Jadore by Dior (5 ml) x1 
- Dior Addict (5 ml) x1 
- The One by Dolce & Gabbana (5 ml) x1
Secret perfume x2
Phone strap x2
Hadiah Misteri yang memang misteri x1

okaylah.. penat mengklik itu ini.. tapi dah siap juga.. huhu.. harap menang la yerr... :P


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Wednesday, May 14, 2014

Giveaway Eikingg


Assalammualaikum,
Harap ada rezeki =)







-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Blouse Black White
2. Peplum Maroon Baldu
3. Egg White Face Mask x 2
4.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2
5. Topup RM10


What I choose : 
1. Blouse Black White
2. Peplum Maroon Baldu
3. Topup RM10


Tarikh tamat : 1 / 6 / 2014



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Segmen Blog Review



Assalammualaikum, jom join segmen blog Review yang dibua oleh adik kita faizuddinFuad. Harap Xterlambat lgi nk join ni.. hehe
Nak join klik Banner atau KLIK SINI


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, May 13, 2014

GIVEAWAY: I LOVE PERFUME

Photo: GIVEAWAY: I love perfume by Mary Kay. Download this picture

Assalammualaikum... lama x update blog. dan disebab tu, saya terlepas tuntut hadiah topup.. sedihnyaaa.. hari tu menang tudung pun xsempat nk ambik. Harap akn menang lagi! Amin... :)

ok, hari ni jom join giveaway i love perfume ni. kalau nk join klik banner ok, atau KLIK SINI

Kenapa saya suke Perfume?

1- Sebab wangi, saya suka sesuatu yang bersih dan wangi
2- Saya suka buat koleksi, bila adikBeradik nak kuar rumah, sometimes perfume dorang habis, so, dorang boleh pinjam dekat saya, ada sifat berperikemanusiaan dekat situ.. hehehe
3- Saya suka pakai perfume bila kuar rumah, so that, x ada org yang pandang lain macam dekat kita. maklumlah, kalau bdan agak x wangi, mesti orang pandang serong, kan? Tapi pakai biarlah berpada.  Tak boleh sembur bnyk sgt... Perfume dapat Meningkatkan KEYAKINAN kita.
4- Saya suka/teruja dengan botol perfume yang pelbagai bentuk n warna..







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, April 8, 2014

Apabila dia menyapa, Jodohkah namanya



SHAKESPEARE pernah berkata "Better to have love and lost, than never to have loved at all"

Cinta adalah hal tak akan pernah habis untuk dibicarakan. cinta adalah anugerah ALLAH yang agung yang diberikan kpd manusia agar manusia merasakan nikmatnya.
Cinta adalah sebuah misteri dlm hidup manusia. ketika hatimu merasai rindu untuk bertemu. Ketika tawa dan kepedihan org yg kamu cintai alami membuatmu turut merasa. Ketika kamu rasa dialah org yang dpt membahagiakanmu. begitulah cinta.
Tetapi cinta tidak selamanya demikian. Ketika kamu memberi kesempatan kepadanya untuk memilih jalan yang terbaik buatnya. Ketika kamu harus menangis melepaskan dia, itulah Cinta.
Cinta dapat membuatmu tertawa dan cinta pula bisa membuatmu menangis. Tetapi cinta tetap anugerah terindah Tuhan dan akan terus menjadi misteri dalam hidup dan cerita tidak akan pernah habis.



ADAKAH IA BERLAKU PADA DIRI ANDA??

Jika ya, selamat! kerana anda ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai ataupun tidak dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan mata. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara pemakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda... Allahualam... :)




ADANYA DERIA BATINIAH SEOLAH DAPAT DIBACA OLEH SI DIA?

Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.



JODOH ITU PENUH KEUNIKKAN

Jodoh itu penuh keunikkan
Apabila semakin dikejar, semakin ia berlalu pergi
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru
Adakah dia jodoh yang ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu?
Kadangkala hadirnya tidak disangka
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati,
pahitnya dapat menghancurkan diri.
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya?






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Monday, April 7, 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

Assalammualaikum wbt.. Giveaway ke4 ok untuk dijoin.. :) Klik banner atau klik SINI


As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalammualaikum... Giveaway ke3 untuk pagi ini ok, klik Banner untuk join atau klik SINI :)



Syarat tak susah.. simple mimple hikhik...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID

Assalammualaikum, Giveaway ke2 untuk pagi ini... Klik Banner untuk join atau klik SINI



Hadiah yang di bagi menarik betul... jom sama2 join ok :)


***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Mini Topup Giveaway by Aniss Anissa

Assalammualaikum wbt.. pepagi join GA.. hehe.. klu ingin join klik Banner ok :) atau klik SINI



GIVEAWAY INI AKAN BERAKHIR PADA 15 APRIL 2014

syarat-syarat :
-Warganegara Malaysia
- Follow blog Aniss
- Follow blog Minna | Nasuha
- Follow twitter Aniss : @AnisaaaBalqiss
- Buat satu entry bertajuk 'Mini Topup Giveaway by Aniss Anissa'
-Backlinkkan banner
- Tinggalkan link korang

Senarai hadiah:

  • Toupup RM20 x 1 orang pemenang (Best entry)
  • Topup Rm15 x 1 orang pemenang
  • Topup RM10 x 2 orang pemenang
  • Topup RM5 x 3 orang pemenang 

Good Luck for those who joining this Giveaway ya :)








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Wednesday, April 2, 2014

17 station kereta api yang menarik

1. Kiyevskaya Station-Koltsevaya Line Hall, Moscow, Russia


2. Boulevard Station-Kaohsiung, Taiwan





3. T-Centralen Station-Stockholm, Sweden





4. Central Park Station- Kaohsiung, Taiwan




5. Radhuset, Stockholm, Sweden 




6 Bockenheimaer Warte Station- Frankfurt, Germany




7. Bund Sightseeing Tunnel- Shangai, China





8. Slavyansky Bulvar Station-Moscow, Russia




9.  O'Hare station, Chicago, Illinois




10. Changi Airport MRT Station-Singapore





11. Zoloti Vorota satiton-Kiev, Ukraine




12. Olaias Station-Lisbon, Portugal

 



13. Puhung Station-Pyongyang, North Korea




14. Federal Triangle Station-Washington D.C., U.S.A.




15. Kirovsky Zavod Station-St. Petersburd, Russia




16. Stadion station, Stockholm Sweden 



17. Elektrozavodskaya Station, Moscow, Russia


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Cerpen_Diari Pelangi



Assalammualaikum wbt..

saya jenis yang suka mengarang (tapi bukan yang suka bgosip tahu! sbb sya ni boleh dikategorikan sebagai budak baik...alkisahnyalah.. hehe) saya sebenarnya nk jadi seorang penulis dn skrg tengah berjinak2 nk buat novel. Tapi entri kali ni adalah cerita cerpen... rajin-rajinkanlah diri untuk baca ok.. hikhik.. n kasi komen sikit kalau boleh..., :P


Petang itu cuaca sangat indah, seindah pelangi petang yang memancar di kaki bukit sana. Balqis duduk di anjung asrama sambil ligat memerhatikan teman-teman sekuliahnya yang rancak bermain bola jaring di gelanggang khas yang terletak bertentangan dengan asrama mereka. Dia menarik nafas panjang sebelum dikejutkan oleh suara nyaring teman baiknya, Syifa.
“Balqis, kau tak nak main sama ke? Jomlah... buang lemak dekat perut kau tu,” teriak Syifa kuat. Kelihatan Syifa bercekik pinggang di tepi gelanggang sana. Mendongak kepalanya melihat Balqis di anjung asrama.
‘Amboi dia ni... tak sayang mulut betul. Buat malu aku aje’ guman Balqis dalam hati. Kalau boleh mahu saja dia menzahirkan kata-kata itu tetapi dia sedar yang dia bukanlah jenis yang suka teriak-teriak begitu. Malu dan segan masih wujud dalam hati wanitanya. Cukup sekadar menggeleng sahaja.
“Jomlah, macamlah kau tak tahu cara main bola jaring ni.” Syifa masih mahu mengajak tetapi Balqis tetap mengeleng keras. Malas dia hendak turun ke bawah. Lagi pula sekejap sahaja lagi akan masuk waktu Maghrib. Dan sudah menjadi kebiasaannya, sebelum azan Maghrib berkumandang dari Masjid kampus, dia akan mandi dan membersihkan diri, mahu solat di awal waktu.
 Perlahan-lahan Balqis masuk ke bilik asrama. Tetapi dia tidak terus ke bilik air. Duduk lagi dia di birai katil Syifa yang berdekatan dengan tingkap bilik asrama mereka. Tanpa dipinta, terlayar bayang seseorang yang cukup serasi dengan jiwa dan ingatannya. Balqis senyum sendiri. Senyum yang entah apa ertinya itu. Hampir setiap hari, bayangan itu pasti akan terlintas di mindanya. Dan perlahan-lahan dia menguak sedikit langsir tingkap. Ada beberapa mahasiswa yang sedang berjoging di halaman asrama di sebelah sana. Balqis masih ingat lagi, dulu suasana asrama mahasiswa itu indah dan berseri-seri pemandangannya. Tapi sekarang semuanya jadi suram... sepi... sunyi... dan tak mungkin akan sama seperti dulu. Sungguh! Ada rasa pedih yang menyelubungi perasaan Balqis saat itu.
 “AstaghfirullahAladzim...” panjang Balqis beristighfar. Laungan azan yang berkumandang di Masjid kampus menyetakkan sedar Balqis. Jauh sungguh dia mengelamun. Sampai-sampai niatnya untuk mandi sebelum masuk waktu solat Maghrib tergendala jadinya.

*     *     *

02 April 2011
-          Petang tadi, aku dan Syifa jalan kaki je ke kelas sebab kereta Atul ada dekat workshop. Rosak gara-gara accident hari tu. Nasib baik jugalah tak teruk. Dan Alhamdulillah, Atul tak cedera apa-apa. Setiap hari Jumaat, aku memang tak sabar nak ke kelas. Almaklumlah, hari-hari Jumaat ni mesti aku akan terserempak dengan dia, walaupun kadang-kadang cuma dari jauh je.... entah! Aku sebenarnya tak tahu pun  nama sebenar dia. Aku pernah juga dengar member dia panggil dia dengan nama ‘Am’. Tapi pendek sangat! Confirm itu bukan nama dia sebenarkan? Hehehe...
-          Dan seperti yang aku jangkakan, dia ada muncul hari ni. Segaknya dia berbaju putih, berkopiah dan berkain pelikat ringkas. Nak ke masjidlah tu untuk solat Jumaat. Sejuk perut mak dia time lahirkan dia...


25 Julai 2011
-          Hari ni, kelas habis awal pulak. Miss Misha kasi tamat kelas awal tidak seperti biasa. Katanya, dia ada urusan penting yang nak diselesaikan. Dan oleh sebab itu, sebagai ganti kami dibekalkan dengan satu assignment individu. Hurmm...
-          Aku tunggu Shifa dekat atrium kampus sorang-sorang. Kalau tak disebabkan Syifa sms aku untuk balik sama hari ni, confirm aku dah balik dari tadi. Tapi tak apalah. Balik pun, tak ada kawan dekat asrama tu. Roommate semua ada kelas/aktiviti masing-masing. Lagipun sementara menunggu Syifa, boleh juga aku cari jawapan sikit untuk assignment Social Science yang En Azhar bagi masa dalam kelas tadi dekat google handphone aku ni.
-          Lamanya aku tunggu Syifa sampai aku dah tak tahu nak search apa lagi. Sampai orang-orang yang lepak dekat atrium kampus pun dah berganti entah untuk keberapa kali. Huhuhu... dan tiba-tiba, jantung aku ni macam nak jatuh je. Kenapa? Hmmm.. dari jauh aku nampak ‘Am’ tahu. Dia makin dekat... makin dekat... dan makin dekat datang ke arah aku yang tengah duduk menunggu tu. Ya Allah... hari ni aku happy sangat-sangat sebab aku dapat dengar suara dia dari jarak dekat tahu. Hahaha... member dia pulak yang dok duduk belah aku ni dari tadi. Steady je diaorang bercerita. Tapi sedih pun ada, langsung dia tak tengok aku ni?

“Balqis, kenapa tak siap lagi? Bukan kau ada kelas ke tengah hari ni?” terkejut Balqis dengan sergahan Syifa yang tiba-tiba itu. Cepat-cepat Balqis menyorokkan buku diarinya di bawah bantal. Diari pelangi... Balqis mengibaratkan diarinya itu seperti pelangi yang ada pelbagai warna dan sesungguhnya diari itu terkandung kenangan pahit dan manis di dalamnya dan kerana itu Balqis namakan diari pelangi. Itu jawapannya kepada Syifa suatu masa dahulu sewaktu terlihat sebaris ayat “Diari Pelangi’ pada muka hadapan buku itu.

*       *       *
Balqis duduk termenung di halaman asrama perempuan. Sejak dia balik kelas jam 4 petang tadi, dia sudah duduk di situ. Gara-gara dia malas hendak naik ke bilik, jadi dia berhasrat untuk menikmati sahaja cuaca petang yang dingin itu. Tudung kepala yang melitupi kepala dibetulkan sengetnya. Dan perlahan-lahan dia mengeluarkan buku diari dari dalam beg.


02 September 2011
-          Hari ini, aku ke library  sorang-sorang. Mulanya, aku ajak syifa. Tapi dia tak nak. Dia kata dia sakit perut. Hurmm, senggugut datang lah tu. Aku ambil tempat nun jauh tersorok di hujung sana. Bukan apa. Library dah sesak dengan budak-budak junior yang baru daftar minggu lepas. Kami dulu pun macam ni jugalah. Skema... awal semester je rajin baca nota itulah, inilah.. walaupun tak ada dalam silibus pembelajaran. Biasalah, jiwa-jiwa bergelar mahasiswa-mahasiswi masih membara. Hehehe..
-          Tengah dok kusyuk selak-selak nota Management Gurus tu, aku dikejutkan dengan suara garau seseorang. Dan bila aku dongak... Ya Allah, macam dunia ni aku yang punyalah masa tu. Aku pun tak tahulah, berapa minit aku khayal dok tengok dia sampai-sampai dia berdehem depan aku. Malu pun ada sebenarnya. Dia Tanya ‘Tempat ni kosong ke? Meja depan semua dah penuh. Saya nak duduk sini boleh?’ Alahai.... pertama kali dia cakap dan tenung aku. Melting  rasanya... hahaha.. aku pun apa lagi, cepat-cepat tarik beg, buku nota, dan pensel box aku yang berselerak atas meja. Meja yang penuh dengan habuk pemadam, aku sapu dengan tisu. Semuanya demi dia! Yeah!

Balqis senyum sendiri. Sungguh indah dan damai di hati. Sekilas, bayangan Putera Ammar bermain di ingatan. Rindu rasanya dengan wajah yang satu itu.  Lalu, di bukanya lagi lembaran tiap lembaran buku diarinya.

21    Januari 2012

-           Petang tadi, aku ke cafe dengan Syifa, Atul, dan abang Adzim, budak senior kitaorang. Bukan apa, kitaorang cuma  nak  minta tolong dekat abang Adzim untuk subjek Research. Lagipun dia dah senior dan dah pun ambil subjek ni dulu. Jadi tak salahlah junior nak minta tolong dekat senior, kan?
-          Tiba-tiba, dari arah belakang, aku terdengar satu suara yang semacam aku rindu nak dengar lepas kejadian dekat library hari tu. Aku tengok Syifa, Syifa pula dah melopong matanya tengok dekat arah belakang aku. Oh my God! Aku pasti, ni mesti dia yang datang ni. Tapi aku tak berani nak toleh. Alahai... jantung pulak tiba-tiba berdegup semacam. Dan yang paling aku tak sangka, dia boleh duduk depan aku dan sertai perbincangan kami. Rupanya, abang Adzim ni salah seorang member dia rupanya. Lepas tu yang peliknya, abang Adzim yang suruh dia ikut serta dalam perbincangan kami. Kata abang Adzim, dia segan nak ajar kami. Almaklumlah, kami tiga perempuan, dia sorang je lelaki. Lagipula katanya, dia taklah seterror  dan sepandai kawan dia yang sorang tu.
-          Dan hari ini aku mencipta sejarah baru dimana aku dah tahu nama penuhnya. Putera Ammar Bin Rasyid. Patutlah hari tu aku dengar member dia panggil ‘Am’/ rupanya singkatan untuk ‘Ammar’. Indah nama dia. Seindah wajah yang putih berseri. Juga seindah bicara yang mendamaikan hati yang mendengar. Hehe.. Dia ambil kursus education dan umurnya 3 tahun lebih tua dari aku. Wah! Sampai umur pun aku boleh tahu. Hahaha.. semua ni gara-gara Syifa lah. Macam-macam yang dia tanya. Lari dari perbincangan yang sebenarnya! p/s ada juga Ammar tu Tanya aku pasal dekat library hari tu. Fuh! Rupanya dia masih cam dengan muka aku yang tak berapa nak lawa ni. Dan dia kata ‘terima kasih sebab bagi izin saya duduk ari tu’

“Laa... dia ni, apasal tak naik lagi?” tiba-tiba datang Syifa dari arah belakang. Syifa baru sahaja balik dari perbincangan subjeknya yang diadakan di kampus tadi. Tercungap-cungap Syifa kerana kepenatan. “Sudah-sudahlah baca diari kau tu Aqis.” Sambung Syifa lagi. Di hujung kata, ada senyum manis yang dia ukirkan.
“Aku tak boring baca diari aku ni Syifa. Malah, aku rasa hidup aku bersemangat bila baca memori-memori indah yang pernah terlakar dalam hidup aku dulu. Aku rindu masa-masa lalu...” ada kesayuan pula pada nada suara Balqis. Dan sebelum hati dan suasana menjadi sebak, Syifa terus memeluk tubuh Balqis seerat mungkin. Sesungguhnya dia merasai perasaan rindu dan sedih yang menjalar di hati sahabatnya itu.

*       *       *
“Eh Aqis, kau nak aku bungkuskan apa-apa ke untuk kau? Aku dengan Atul nak keluar kejap. Nak ajak kau, confirm kau tak nak kan?” seloroh Syifa sambil duduk di sisi Balqis. Sahabatnya itu sudah siap-siap untuk keluar. Atul pula masih berbual dengan seseorang di dalam telefon di anjung asrama.
“Tak nak lah. Aku tak ada seleralah Syifa. Kau bungkus untuk korang jelah ye.” Jawab Balqis dengan senyuman.
“Ermm, kau janganlah macam ni Balqis. Tak baik tahu tak bersemangat ni. Tak pe, aku bungkuskan untuk kau juga, okay? Aku belanja kau malam ni. Nasi goreng mamak, amacam?” Syifa memujuk. Dan pujukannya itu menjadi apabila Balqis mencuit pipinya dengan gelak tawa.
“Hah! Balqis, Wadah kata nanti dia nak datang sini. Nak pinjam laptop aku. Kau tolong bagi dekat dia ye.... ada atas meja aku tu hah,” Atul memberi pesan. Lalu dicapainya kunci kereta dia atas katil. Balqis sekadar mengangguk. Wajah Waddah, yang baru masuk semester tiga itu terlayar sebentar di ruang ingatannya. Dan kini, Balqis keseorangan di bilik itu. Kedengaran juga suara-suara perbualan teman-teman lain dari bilik sebelah menyebelah. Tapi dia endahkan.  Dan sementara menunggu kedatangan Waddah, diari dicapai. Diselak buku itu mengikut keberadaan sekeping penanda buku.

            13 Febuari 2012
-          Kelas ganti! Huh! Aku rasa bukan aku sorang je yang tak suka bila lecturer kata dia nak buat kelas ganti. Aku bukannya tak suka kelas ganti sebab dengan kelas gantilah kita boleh cover apa-apa pelajaran yang dah tak sempat lecturer nak ajar. Maksudnya, nak habiskan silibus. Tapi yang aku tak suka tu, lecturer selalu pilih masa yang tak sesuai dengan mood aku. Hurm.. contohnya tadi. Sakitnya perut aku hanya Dia je yang tahu. Kiranya tak nak ke kelas tapi memandangkan miss kata pelajaran yang dia hendak ajar hari ni akan keluar dekat midterm akan datang, jadi aku semangatkan diri jugak ke kelas. Harap-harap kena berkatlah ilmu yang aku dapat hari ni. Hehehe
-          Tapi, yang paling bestnya, tengah aku sakit-sakit ada juga indahnya. Haha. Tak pasal-pasal Putera Ammar Bin Rasyid tawarkan diri beli panadol 2 bijik untuk aku. Alahai... mulanya aku tak nak tapi dia paksa juga aku telan panadol tu. Dia kata, selagi aku tak telan panadol tu depan dia, selagi tu dia tak pulangkan buku nota aku yang dia ambil dari atas meja. Aku telan jelah walaupun aku tahu, panadol tu tak mungkin akan sembuhkan sakit perut aku! Takkan aku nak kasi tahu dia ‘aku ni tengah senggugut, takkan nak makan panadol’. Dush! akhirnya aku yang mengalah. Telan jelah...

-          Baru sekejap tadi, aku dapat call dari someone special dalam hati aku. Dia dapat nombor aku time kami tukar-tukar nombor masa study group ari tu. Tak tahulah, kenapa pulak jantung aku ni berdebar semacam. Haha.. betul-betul ada renjatan elektriklah dia tu. Walau tak nampak, tapi dah boleh buat aku bergetar satu badan. Aku buat andaian sendiri, yang dia memang mahu berkawan dengan aku. Yelah, cuba kalau dia tak nak kawan aku, mesti dia dah delete ke... apa ke nombor aku tu kan? Ermm.. logic ke macam tu? Fuh! Tapi aku ada rasa bangga sikitlah sebab dia boleh ingat, kenal dan ada masa nak call aku malam-malam ni semata-mata nak tanya pasal kesihatan aku! Terima kasih! Saya sangat terharu Putera Ammar Bin Rasyid!

Perlahan-lahan Balqis menutup buku diari miliknya. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Putera Ammar... Setiap bait-bait kata Putera Ammar Bin Rasyid terlalu berbekas dalam hati dan jiwanya. Setiap pertemuan demi pertemuan yang tercipta antara dia dan Putera Ammar membuatkan mereka semakin menemui erti keserasian dalam diri masing-masing. Walau tak terungkap dengan kata, tapi dengan pandangan mata sahaja sudah cukup menjelaskan kalau ada perasaan kasih dan cinta dalam diri masing-masing.
Putera Ammar miliki sifat-sifat lelaki yang tulus. Sering dia mengajar Balqis tentang erti hidup yang sebenar. Tentang cinta hakiki yang sewajarnya. Dia lelaki yang berpegang pada cinta Allah. Bukan pada cinta nafsu semata. Setiap tutur katanya terselit kata-kata pujian padaNya. Sesungguhnya dia mencari seorang muslimah yang tidak cintakan dia melebihi cintanya pada Allah. Ya! Dia juga pernah berterus terang dengan Balqis. Kata Putera Ammar, Balqis adalah wanita pertama yang telah menyentuh hati dan perasaannya. Tetapi dia tidak mahu terus-terus menyimpan rasa seperti itu. Dia takut, andai perasaan itu akan mensasarkan tujuan sebenar hidup sebagai khalifah di bumi ini. Justeru, andai ada jodoh antara mereka dia berbesar hati dan redha dengan ketentuanNya.
Menitis air mata Balqis. Sungguh-sungguh dia menangis merindui kenangan, kata, dan wajah Putera Ammar. Dia sedar setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga kata Putera Ammar dahulu. Tapi Balqis akui, bukan setiap saat dia kuat menghadapi ujian yang besar dariNya ini. Terkadang, hati rapuh dan sakit bila mengenangkan sejarah yang hanya tinggal kenangan begitu. Kudratnya seakan hilang bila senyuman Putera Ammar terlayar di ingatan.
Akhirnya, dia terlelap di situ tanpa menyambut kedatangan Waddah. Tidur dalam tangisan. Tetapi yang pasti esok dia perlu menjalani saat-saat mendatang dengan berlatarkan kenangan demi kenangan yang akan mengekorinya walau ke mana dia membawa kaki melangkah.

*       *       *
Balqis berjalan longlai balik ke asrama. Baru sekejap tadi dia bersama rakan-rakan sekampusnya menduduki peperiksaan akhir tahun. Hidup berdikari sebagai mahasiswi bagi menamatkan tiga tahun pengajian telah mematangkannya. Telah banyak hitam putih kehidupan yang melekat di benaknya.
Serasanya, Balqis sepatutnya berasa bangga dan gembira kerana berjaya juga dia menamatkan pengajiannya sehingga ke semester akhir. Tetapi tidak! Sedih pula yang bertandang dalam hatinya. Dan seperti biasa, wajah Putera Ammar bertandang lagi dalam fikirannya. Semasa peperiksaan tadi pun, fikirannya sesekali teralih mengenangkan Putera Ammar. Tetapi dia kuatkan semangat. Dia tahu andai Putera Ammar tahu dia tidak menumpukan perhatiannya pada peperiksaan akhir ini, pasti lelaki itu tidak tenang di sana.
Balqis memandang beg-beg besar yang sudah tersusun kemas sejak semalam itu. Sebentar saja lagi dia akan berangkat pulang ke kampung. Dia mahu cepat-cepat meninggalkan asrama, kampus dan kawasan itu. Bukan bermakna dia mahu lupakan semuanya, tetapi dia perlu mencari ketenangan di luar sana. Sudah tidak terbendung rindu yang berkecamuk dalam benaknya.
Dia kemudian mengalihkan pandangan ke laci meja. Lalu membukanya dan terpampang diari pelanginya di dada laci. Perlahan-lahan dia menguak diari itu. Dan bila lembaran terakhir terkuak, laju sahaja air matanya meluruh jatuh ke pipi. Sebak rasa dijiwa. Teresak-esak dia menangis sendiri di situ.
           

18    Jun 2013
-          Hari ini, aku rasa cukup terpukul dengan takdir yang satu ini. Tepat jam 2 petang, dia menghembuskan nafas terakhir di depan mata aku. Aku tak kuat! Kenapa ini yang perlu terjadi disaat bahagia sedang mekar memutik?! Apa salah aku sehingga aku terpaksa menanggung perit ini! Aku tak kuat Ya Allah... sungguh! Aku tak kuat...
-          Putera Ammar dah lama sakit rupanya. Aku saja yang tak tahu. Dulu, dia pernah juga kata yang dia mungkin tak hidup lama. Tapi aku fikir itu hanyalah gurauan semata. Aku tak terfikir langsung kalau kata-katanya itu benar dan bukan dusta. Sebab, suaranya ketika itu bernada biasa. Tiada nada sedih jauh sekali untuk suatu tangisan. Dia tersenyum saja ketika dia memberitahu aku tentang itu. Allah... kalaulah masa boleh di undur semula...
-          Sudah banyak yang aku belajar dari dia. Tentang hidup ini... patutlah, hari tu dia tanya aku apa aku akan buat andai suatu hari nanti orang yang aku sayang, yang aku rapat tiba-tiba pergi. Aku jawab ’saya orang yang tak kuat untuk terima takdir semacam itu. Kalau boleh, saya nak mati dulu dari orang-orang yang saya sayang.’ Saat tu, dia senyum je... kata dia ‘tak baik cakap macam tu. Sebagai seorang hamba, kita kena redha dengan ketentuanNya. Nanti, kalau orang yang awak sayang, orang yang awak rapat pergi dulu sebelum awak, awak kena redha tau... jangan sedih-sedih... ok?’ dan dengan penuh semangat aku kata ‘Ok bos!’

Sekeping gambar yang terselit di buku diari itu ditatap Balqis lama. Gambar dirinya, Putera Ammar, abang Adzim dan Syifa sewaktu mereka belajar berkumpulan tahun lalu ditatapnya dengan juraian air mata.
“Ternyata... hati saya memang tak kuat Am... saya sedih tanggung derita ni. Putera Ammar... saya rindu awak...” bisik Balqis dalam esakkan. Kuat dia menggenggam sekeping gambar itu. Senyuman yang terpamer dari empat anak muda itu bagai menyiat-yiat perasaannya.
“AstagfirullahAladzim... Balqis, kau kenapa ni?” tiba-tiba sahaja Syifa muncul di belakang. Kelam-kabut dia memeluk tubuh teman baiknya itu.
“Ammar...” seakan anak kecil, Balqis menghulurkan sekeping gambar tadi.
“Sabar Aqis. Kau tak boleh macam ni. Demi Putera Ammar, kau kena kuat. Mesti dia tak suka kalau kau macam ni Aqis,” pujuk Syifa. Bertambah erat pelukkan yang dia cipta. Balqis sudah tidak terkata. Yang kedengaran hanyalah esakkan yang semakin berlagu. Sungguh! Dia tidak mahu menangis tetapi dia tidak tahan dengan sebak di dada. Sakit dadanya andai dia terus-terusan menahan tangis.
Putera Ammar... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Balqis akan selalu mendoakan kesejahteraan Putera Ammar di sana. Dan andai Balqis berjaya dalam peperiksaan akhir tahun ini, itu semua kerana berkat tunjuk ajar Putera Ammar yang tidak henti-henti menyuruh Balqis menelaah pelajaran. Balqis akan selalu  merindui dan mendoakan Putera Ammar.


T.A.M.A.T

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!