Thursday, May 29, 2014

6 Kategori Wanita

Assalammualaikum... hari ni rancang nk follow back blogger yg dh follow blog saya, tapi line tk berapa nk okey pulak. Mungkin sebab hujan pagi tadi, huhu.. InsyaALLAH, nanti saya follow back ok, =)




Okey, today I want to share with u guys tentang beberapa kategori wanita.. hehe.. ada 6 kategori. Tapi ini cuma gelaran sahaja. Maaf jika kata/ucapan/perkataan yang digunakan agak kasar sedikit. So, mari kita skodeng  :P

Kategori Pertama... WANITA SELIPAR JEPUN
Wanita jenis ini dikatakan wanita jenis murahan. Mereka boleh 'dipakai' oleh sesiapa sahaja untuk dibawa ke tempat2 yang sesuai dengannya. Lelaki yang 'memakai' selipar jepun pula terdiri daripada mereka yang setaraf dengannya, yang mendedahkan 'kakinya' kepada segala kekotoran. Seboleh-bolehnya, janganlah kita menjadi wanita selipar jepun =)


Kategori Kedua... TUALA PAKAI BUANG
Wanita jenis ini pula terdiri daripada wanita liar yang 'dipakai' apabila diperlukan dan 'dibuang' begitu sahaja selepas 'digunakan'. Mereka menjadikan pelacuran sebagai profesion untuk mendapatkan bayaran perkhidmatan untuk menyara diri dan keluar mereka. Nampaknya mereka melacurkan diri untuk mendapatkan wang secara mudah dan menyeronokkan tanpa mempedulikan soal moral.


Kategori Ketiga... WANITA KOSMETIK
Mereka terdiri daripada wanita yang tidak mempunyai budi pekerti yang baik tetapi berlagak atau berpura-pura bagi bagi memenuhi kepentingan diri mereka. Wanita jenis ini mempunyai personaliti yang cantik diluar tetapi hodoh di dalam. Dia boleh menjadi gunting dalam lipatan. Dia juga mempunyai telunjuk yang lurus tetapi kelingkingnya berkait. Anda perlu meneliti karektor wanita di sekitar anda. Mungkin terdapat wanita kosmetik seperti yang dibayangkan ini. Berwaspadalah apabila anda berdepan dengan wanita seumpama ini.
 

Ketegori Keempat... WANITA PLASTIK
Apa yang dimaksudkan dengan wanita plastik ialah golongan wanita yang tidak mempunyai sifat-sifat kewanitaan sejati. Mereka bersikap kasar, tidak bertimbang rasa, tidak menghormati golongan lelaki, malah ada di antara mereka yang tidak mempunyai naluri keibuan  sehingga sanggup mendera atau membunuh anak sendiri. Mereka mungkin mengalami gangguan mental dan emosi yang kronok dan memerlukan kaunseling dan rawatan yang khusus. Mungkin mereka mempunyai sejarah lamapu yang 'hitam' seperti menerima tekanan daripada individu yang pernah dikenali, atau dianiaya oleh pihak tertentu. tidak hairanlah mereka boleh bertukar daripada wanita asejati kepada wanita plastik.

Kategori Kelima... WANITA BESI
Inilah jenis wanita yang menjadi penggerak dan pemaju negara. Mereka bergiat di dalam berbagai bidang dan mencapai kejayaan yang menjadi kebanggaan negara. Mereka bukan sahaja mencipta kejayaan peribadi, malah mereka juga menaikkan nama bangsa dan negara di peringkat global. Wanita jenis ini mempunyai semangat yang tinggi, jiwa yang kental, berani menghadapi cabaran, sanggup menghadapi sebarang risiko serta berpandangan jauh. Kalau anda ingin berjaya di dalam hidup, contohilah cara mereka berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

Kategori Keenam... WANITA TELESKOP
Wanita jenis ini banyak menimbulkan masalah di dalam masyarakat. Mereka gemar meneropong tingkah-laku dan perangai orang lain untuk mencari keburukkan. Apabila mereka melihat keburukkan orang lain, mereka akan menghebahkannya. Mereka akan memperbesarkan keburukkan yang kecil atau menghodohkan yang canti. Mereka gemar mendedahkan keaiban orang... Apabila perangai mereka yang buruk itu diketahui umum, mereka pandai menyembunyikan 'teleskop' dan bersikap seolah-olah tidak melihat apa2pun di sekitar mereka. Sikap mereka yang teleskopik itu adalah suatu sikap yang buruk. Untuk menyelamatkan diri anda daripada wanita jenis ini, anda perlulah sentiasa melindungkan diri anda disebalik dinding rumahtangga (Jangan suka berbual2 kosong di kawasan perumahan) dan pastikan tiada 'lubang, sudut dan ruang' yang membolehkan mereka meneropong diri anda.

p/s Apa2pun, jangan suka judge orang melalui pandangan pertama. Kadang-kadang pandangan/persepsi yang kita letakkan pada seseorang hanya dengan pandang pertama tidak memberikan fakta yang sebenar tentang seseorang. Hati-hati kawan! Assalammualaikum =)






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing dear... mohon share dan akak akan backlink semula ke sini...

Dlila said...

Ok kak, boleh aja.. Hehe