Saturday, February 22, 2014

Bezanya kita



Aku perempuan biasa, orang kampung yang tak tahu banyak pasal fesyen
aku bukan dia yang selalu dipuji cantik dan bergaya
aku tidak seperti dia yang dikenali ramai, yang akan dapat apa yang dia mahu
aku ini umpama pasir di lautan yang tiada siapa peduli
ada aku atau tiada mungkin sama sahaja
tiada bezanya

aku tidak penting pada sesiapa, sebab tiada istimewanya aku
aku buat baik, tiada siapa yang ambil peduli
aku buat jahat, sekejap sahaja orang sudah mengata
aku buat baik, orang tk pandang kebaikkan
aku dibuat macam orang bodoh yang tiada perasaan
aku bukan robot yang tak tahu penat
aku juga manusia yang tahu apa itu rasa sakit, penat dan lain-lain perasaan
aku penat untuk jaga hati orang sekeliling
aku penat jaga hati sendiri juga
aku mengeluh.. tapi tak lama sebab
aku sudah terbiasa macam ini, macam sekarang
aku bangkit dan kuat bila
aku sedar, hidup ini bukan untuk mendapat redha manusia
aku sedar hidup ini cuma untuk mendapat redha Dia
aku mahu jadi yang solehah
aku tahu, untuk jadi solehah kena ikhlas dan redha atas semua yang terjadi, jadi..
aku sudah tidak banyak menangis sekarang
aku menangis, tapi aku tahan, dan tahan 
aku belajar untuk tidak keluarkan air mata meski hati sakit menahan tangisan.. sangat sakit! ALLAH 
aku belajar senyum bila sedih, bila terasa hati
aku sudah tidak kisah orang sayang atau benci dekat aku, jujur
aku mahu jadi hamba yang baik buat ALLAH, ank yang baik, kakak yang baik, adik yang baik dan kawan yang baik.. ALLAH, aku mahu menjadi hebat dimataMu :'(





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

No comments: