hari ini hari khamis bersamaan tanggal 20 hari bulan 2, 2014... detik ini, aku dan kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan menyedut udara yang dicipta olehNya.. Alhamdulillah.. dan sejenak aku terfikir, sudah bertahun hidup di muka bumi ini, apakah amalan dan ibadat yang kita perlakukan selama ini? sia-siakah hidup kita atau hari demi hari kita menambahkan amal ibadat kepada Dia pencipta kita? Muhasabah diri ini penting.. justeru tiada guna kita hidup lama andai amalan kita tdk pernah bertambah malah dosa pula yang semakin tinggi menggunung.. memang selalu orang cakap, tiada manusia yang sempurna dan semua orang pernah buat silap. ya betul, tapi bila kita buat silap dan alasan kita 'semua orang buat silap' tapi kita tidak pernah ambil kisah, insaf dan tidak pernah atau tidak mahu memperbetulkan kesilapan kita, tidakkah itu dikatakan kerugian besar buat kita. setiap yang berlaku apa lagi yang melibatkan diri kita adalah punca kepada sesuatu kesalahan itu tidak lain adalah untuk memperbetulkan diri kita kepada yang lebih baik. Dia menampakkan kepada kita akan kesalahn mungkin kerana Dia sayang kita dan tidak mahu kita pergi jauh dan terlalu jauh lagi dari Dia. tapi kita tak pernah sedar. terus-terus juga kita buat salah dan silap dan jauh sekali untuk suatu taubat. Allah hu akbar. Hipokrit! ini lagi salah satu perkataan yang selalu kita sebut dan dengar. orang kata 'tak perlu jadi hipokrit'/'diri sendiri itu baik'. Huh! sudah terlalu baikkah kita untuk terus menjadi diri sendiri? tiada sekelumitkah rasa mahu menjadi seperti orang lain yang punya akhlak yang baik? cuba renungkan, kalau kita ini seorang yang tidak pernah sujud pada Allah, dan kita tanamkan 'tak perlu hipokrit untuk jadi orang lain, perlu jadi diri sendiri' justeru sampai bila pun kita takkan mahu sujud pada Dia. terus lalai dengan pemikiran sendiri. kadang-kadang, kita perlu paksa diri kita untuk sesuatu yang baik kerana paksaan itu akan berakhir dengan keikhlasan. saya teringat dengan kata-kata seorang guru matematik saya, 'untuk berjaya, paksakan diri bukan manjakan diri'. Allah akan selalu tolong orang-orang yang mahu berubah menjadi yang baik. Baik sangka dengan Allah, itu yang penting.. Subhanaallah.
p/s sampai di sini dulu, line sudah mahu hilang.. hehe.. Assalammualaikum..maaf
No comments:
Post a Comment