Tuesday, January 29, 2013

Segmen: Jom Blogwalking

Jom Join segmen ni-->> Segmen: Jom Blogwalking :)
Ingin Join.., klik sini-->>

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Segmen: + Follower 2013

Assalammualaikum.... Join segment tuk kali kedua.., ^_^y SEgmen +Follower 2013 by Yaya_NHA



Jom sma2 join..,
Setakat ni ada 124 follower
i'm senior.... Hoho :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, January 25, 2013

Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita

Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.




Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan 


(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah 


(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan


(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan


(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.


Baginda juga melihat bagaimana


(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula


(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda melihat 


(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat 

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah 


(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang 


(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

(Bacalah Dengan Mata Hati)(。◕‿◕ )

p/s tuk peringatan sya dn smua
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, January 18, 2013

Kita Sebenarnya...?

KITA SEBENARNYA...
KITA SEBENARNYA.. lebih gembira
menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14
Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan
hari Sabtu dan Ahad daripada hari
Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk
mendengar lagu daripada mendengar
azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur,
tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-
artis kita daripada nama para sahabat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut
helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi
daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih
suka memuji manusia daripada Tuhan
kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih
suka membaca majalah daripada buku
agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke
konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka
memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut
daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka
kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan
kejahilan kita daripada bersyukur dengan
keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan
dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke
syurga daripada neraka..

>>Untuk Apa Sebenarnya Kita Diciptakan?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Monday, January 14, 2013

Gigi Punya Pasal..,

Assalammualaikum peps!

My entry for today is about 'Gigi'.., Ngee.., saya nk kongsi pasal sejenis ubat yg memang bkesan tuk sakit gigi ni.., sebabnya.. sya prnh skit gigi, n xmau orng lain skit gigi mcm sya.., HuHu.., bila skit gigi, kita N Dia yg tahu mcm mna sakitnya.., dri gigi -->> leher -->> tengkuk -->> ke otak.., - Skit gigi tyme exam baru2 ni.., -->> last2 bulan  Disember tahun lalu smpilah exam (Setahun lamanya.., Hee~ :P)... 2 mggu sblum exam, slalu sakit gigi.., bila mlm skit gigi smpi ke subuh! kdg2 siang pun skit jg.., Skit gigi ni boleh buat kita NANGIS.., Ngeeee.., :P  kdg2 xdpt study dn tido sbb XTAHAN SAKIT!..,
Paling spoil, first day exam.., tyme tu jg skit xmau hilang, :'(
Bila dpt tahu ada ubat yg OK, Alhamdulillah.., N bila exam, sya akan telan ubat tu.., Walaupun rasa ngilu dlm diam tpi it's ok.., ^_^y ada djual dkt FARMASI k, Nama ubat dia Apo-Napro-Na (Naproxen)... Ubat tahan sakit..

Apakah itu ubat Naproxen ?
Naproxen adalah dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ubat tahan sakit bukan steroid (NSAIDs). Ia berfungsi dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan dalam badan.
Naproxen digunakan untuk merawat sakit atau keradangan yang disebabkan oleh keadaan seperti arthritis, ankylosing spondylitis, tendinitis, bursitis, gout, atau senggugut.
Preskripsi naproxen digunakan untuk melegakan kesakitan, bengkak, dan kekejangan yang disebabkan oleh Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh kerosakan lapisan sendi), rheumatoid (artritis yang disebabkan oleh pembengkakan lapisan sendi), artritis juvana ( penyakit sendi di kalangan kanak-kanak), dan ankylosing spondylitis (artritis yang terutamanya mempengaruhi tulang belakang). Preskripsi pil naproxen, juga digunakan untuk melegakan sakit bahu disebabkan oleh burisitis (keradangan di kawasan yang berisi cecair dalam sendi bahu), tendinitis (radang tisu yang menghubungkan otot ke tulang), artritis gout (serangan sakit sendi disebabkan oleh pembinaan bahan-bahan tertentu dalam sendi), dan kesakitan dari sebab-sebab lain, termasuk senggugut (sakit yang berlaku sebelum atau semasa tempoh haid). Naproxen bukan preskiripsi pula digunakan untuk mengurangkan demam dan melegakan kesakitan ringan daripada sakit kepala, sakit otot, arthritis, haid, selesema, sakit gigi, dan sakit belakang.
-->> apa2 hal.. klik link ni k.., byk perkara yg kita perlu tahu ttg ubat ni.., bukan suka2 telan.., HuHu
http://www.malaysianpharma.com/index.php/n/188-naproxen.html

p/s Saya Kaya dgn ubat-ubatan masa exam.., Dn mgkin skrng?? Hee~ :p


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, January 11, 2013

13 AURAT WANITA

13 AURAT WANITA

1. Bulu kening (Alis)

– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –(Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan mengayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah)

3. Wangi-wangian

– Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul itu kata orang sekarang hidung belang –(Petikan dari Hadits Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada

– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bagian depan dada-dada mereka –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi

– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir (pangur) gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher

– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu –

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayang Anggota Tubuh

– Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali telapak tangan dan wajah saja –(Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan

– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –(Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Memandang

– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya –(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)

– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik –(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan

– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

– Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Surga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya–(Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar)

– Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –(Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian

– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menyolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti –(Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah)

(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.

Keterangan : Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab dan longgar, yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Dan karena itu mereka tidak diganggu. Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang)

– Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak akan mencium baunya –(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu)

13. Rambut

– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pandangan/dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya –
(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

6 PESANAN UNTUK WANITA.

6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!