Sunday, February 23, 2014

banyak-banyak kedai, kedai apa yang paling best?





Assalammualaikum...

Hai, harap semuanya sihat malam ni yeee.., hukhuk.. entry kali ni macam pelik sikit.. entry ni tajuk dia "Banyak-banyak kedai, kedai apa yang paling best?" _abaikan bila anda fikir tajuk ni biasa-biasa saja.

Salah satu kedai yang sya suka masuk atau excited semacam adalah.. tadaaa.. kedai menjual baju2 baby. Jujur, sya mmg suka tengok benda yg comel2 n salah satu benda comel tu ialah baju2 baby.. giler tak comel?(Dialog dekat tv yg aku tgik hari tu). Baju baby ni xsemestinya dijual dekat kedai khas tuk baju baby ok, dekat kedai jual baju orang besar pun, ada juga dijual baju baby tau. Huhu, kadang2 orang lain sibuk tengok baju orang besar, saya sibuk pergi rak jual baju baby. X beli pun xpa,(mmg la xbeli, sbb x baby pn) dapat pegang pun kira ok.. hehe.. InsyaAllah nnt xlama lagi sya dh nk dpt first ank buah.. Bolehlah sya beli baju baby nanti.. hikhik..


kedai buku_ saya rasa teruja bila masuk kedai buku. Rasa tenang n nyaman semacam. jujur sya mmg suka tengok buku novel. sebab ilustrasi kulit novel kebanyakkannya cantik dan comel. Tapi bila bab membeli, sya akan fikir 2 ke 3 kali haha.. kalau beli pun  sebab ikut kawan. Nampak ketidakmatangan dekat situ kan? Dulu sya mmg suka baca novel. Masa zaman muda2 dulu (sekarang muda juga ok). Dulu, sya n kawan sbilik dkt hostel selalu baca novel sementara menunggu mood study tuk exam datang. haha. itulah rutin kami sebelum fokus study.. rahsia kami kawan sehostel (tapi skrg rahsia sudah pecah).. skrg ntah kenapa, sya lbih suka pada buku2 yg islamik. buku keagamaan, buku yg boleh bagi pengajaran. Wah, sudah nmpk kematangan dekat situ kn? hahaha.. tapi ini jujur tau... ehe.. (Menyesal xguna baucer buku tuk beli bnyk buku islamik dulu, tapi its oklah sbb baucer dulu sya guna tuk adik2 saya) Untuk pengetahuan semua juga (chewah), skrng ni sya tgh berusaha siapkan novel yg sya bagi tajuk "Dia aku punya". dulu sya ada buat 1 manuskrip dn sdh siap pun (siap print lagi) tapi masalahnya, softcopy dia hilang. xtahu sya save dkt mana.. sayang seribu kali sayang. n manuskrip yg tgah sya buat skrg ni sya pernah hntar dkt syarikat penerbitan buku. tapi direject. sebab jalan cerita manuskrip sya x sprti cerita yg dorang mahu. Its okaylah, sekurang2nya dorang bagi jawapan kn.. think positive! Dan manuskrip yg pernah sya hantar tu lah, manuskrip yg tgh sya siapkan sekarang(mksudnya, sya tambah kepanjangan muka surat) Ada faham?


Dan last kedai_kedai jual make up. Eh salah! bukan kedai make up. Tapi lebih kepada kedai menjual body shower, atau apa erk.. kedai yang menjual barang2 pencuci muka mcm tu.. Arggh whateverlah kan!
Wah, bila xduit n masuk kedai ni, macam semua benda mahu dbeli tapi bila dh ada duit.. owh ok.. beli benda lain dulu yeee.. hikhik...

Baiklah, smpai sini dulu entry sya ok! lain hari tulis entry lagi. cari ilham dulu.. hikhik.., Assalammualaikum..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

"Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb"

Bismillahhirrahmanirrahim.. Harap murah rezeki menang segmen ni.. :)


!Assalamualaikum!





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Saturday, February 22, 2014

Bezanya kita



Aku perempuan biasa, orang kampung yang tak tahu banyak pasal fesyen
aku bukan dia yang selalu dipuji cantik dan bergaya
aku tidak seperti dia yang dikenali ramai, yang akan dapat apa yang dia mahu
aku ini umpama pasir di lautan yang tiada siapa peduli
ada aku atau tiada mungkin sama sahaja
tiada bezanya

aku tidak penting pada sesiapa, sebab tiada istimewanya aku
aku buat baik, tiada siapa yang ambil peduli
aku buat jahat, sekejap sahaja orang sudah mengata
aku buat baik, orang tk pandang kebaikkan
aku dibuat macam orang bodoh yang tiada perasaan
aku bukan robot yang tak tahu penat
aku juga manusia yang tahu apa itu rasa sakit, penat dan lain-lain perasaan
aku penat untuk jaga hati orang sekeliling
aku penat jaga hati sendiri juga
aku mengeluh.. tapi tak lama sebab
aku sudah terbiasa macam ini, macam sekarang
aku bangkit dan kuat bila
aku sedar, hidup ini bukan untuk mendapat redha manusia
aku sedar hidup ini cuma untuk mendapat redha Dia
aku mahu jadi yang solehah
aku tahu, untuk jadi solehah kena ikhlas dan redha atas semua yang terjadi, jadi..
aku sudah tidak banyak menangis sekarang
aku menangis, tapi aku tahan, dan tahan 
aku belajar untuk tidak keluarkan air mata meski hati sakit menahan tangisan.. sangat sakit! ALLAH 
aku belajar senyum bila sedih, bila terasa hati
aku sudah tidak kisah orang sayang atau benci dekat aku, jujur
aku mahu jadi hamba yang baik buat ALLAH, ank yang baik, kakak yang baik, adik yang baik dan kawan yang baik.. ALLAH, aku mahu menjadi hebat dimataMu :'(





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Wednesday, February 19, 2014

sempurnakah ibadah kita?

Assalammualaikum dan selamat pagi

hari ini hari khamis bersamaan tanggal 20 hari bulan 2, 2014... detik ini, aku dan kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan menyedut udara yang dicipta olehNya.. Alhamdulillah.. dan sejenak aku terfikir, sudah bertahun hidup di muka bumi ini, apakah amalan dan ibadat yang kita perlakukan selama ini? sia-siakah hidup kita atau hari demi hari kita menambahkan amal ibadat kepada Dia pencipta kita? Muhasabah diri ini penting.. justeru tiada guna kita hidup lama andai amalan kita tdk pernah bertambah malah dosa pula yang semakin tinggi menggunung.. memang selalu orang cakap, tiada manusia yang sempurna dan semua orang pernah buat silap. ya betul, tapi bila kita buat silap dan alasan kita 'semua orang buat silap' tapi kita tidak pernah ambil kisah, insaf dan tidak pernah atau tidak mahu memperbetulkan kesilapan kita, tidakkah itu dikatakan kerugian besar buat kita. setiap yang berlaku apa lagi yang melibatkan diri kita adalah punca kepada sesuatu kesalahan itu tidak lain adalah untuk memperbetulkan diri kita kepada yang lebih baik. Dia menampakkan kepada kita akan kesalahn mungkin kerana Dia sayang kita dan tidak mahu kita pergi jauh dan terlalu jauh lagi dari Dia. tapi kita tak pernah sedar. terus-terus juga kita buat salah dan silap dan jauh sekali untuk suatu taubat. Allah hu akbar. Hipokrit! ini lagi salah satu perkataan yang selalu kita sebut dan dengar. orang kata 'tak perlu jadi hipokrit'/'diri sendiri itu baik'. Huh! sudah terlalu baikkah kita untuk terus menjadi diri sendiri? tiada sekelumitkah rasa mahu menjadi seperti orang lain yang punya akhlak yang baik? cuba renungkan, kalau kita ini seorang yang tidak pernah sujud pada Allah, dan kita tanamkan 'tak perlu hipokrit untuk jadi orang lain, perlu jadi diri sendiri' justeru sampai bila pun kita takkan mahu sujud pada Dia. terus lalai dengan pemikiran sendiri. kadang-kadang, kita perlu paksa diri kita untuk sesuatu yang baik kerana paksaan itu akan berakhir dengan keikhlasan. saya teringat dengan kata-kata seorang guru matematik saya, 'untuk berjaya, paksakan diri bukan manjakan diri'. Allah akan selalu tolong orang-orang yang mahu berubah menjadi yang baik. Baik sangka dengan Allah, itu yang penting.. Subhanaallah.

p/s sampai di sini dulu, line sudah mahu hilang.. hehe.. Assalammualaikum..maaf
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, February 7, 2014

Rahsia Keberkatan Wudhu


Assalammualaikum, entry kali ni saya copy paste dari satu page dekat facebook. Sharing is caring.. ^_^y hikhik





Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya Ulumuddin".

Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya. Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah tersendiri.

1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.

Penjelasan: Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".

Penjelasan: Muka para ahli surga putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"

Penjelasan: Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".

Penjelasan: Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma'syar dengan Arasy-Mu"

Penjelasan: Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"

Penjelasan: Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan, "Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qadha' dan qadar kita berada di tangan Allah.

Pernahkah terpikir mengapa kita mengambil wudhu sedemikian rupa? .. Pernahkah terpikir segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayati Islam? .. Pernahkah terpikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukur dan bertaubatlah selalu ...

Wallahu’alam bishshawab, ..
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, February 4, 2014

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Giveaway kedua untuk dijoin hari ini yeee .. Hehehe -_-!


Assalammualaikum, peace upon you.



http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html


Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

"Mini Giveaway by www.AimanAziz.com"



Assalammualaikum... malam-malam macam ni, apa kita ikut saya join mini giveaway ni.. mudah, double triple simple.. hehe :P

Klik sini kalau nk join ok.., ^_^y


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Perbualan antara Rasulullah SAW dan iblis




Assalammualaikum... entry kali ni saya copy paste dari sorang kawan facebook.. hihi.. nda pa, sharing is caring.. hikhik ^_^y


Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.
Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.
Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.
Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.
Tapi...

✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..

✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..
Ustaz Azhar Idrus Berkata
Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..
Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :

1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.

Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja
  AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!