Monday, January 30, 2012

Pembunuhan Kejam Gadis Di Jepun

(Gambar)Junko Furata Gadis Yang Mati Setelah 44 Hari Terseksa…Sungguh Kejam..



Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Untuk menutup perbuatan mereka,
Salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Sepanjang dikurung,
Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.
Seksaan-seksaan yang Junko deritai:
HARI PERTAMA:

  • Diculik.



  • Dirogol (lebih daripada 400 kali)



  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi



  • Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri



  • Dipaksa onani



  • Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya



  • Dicucuh dengan pemetik api



  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

    HARI SEBELAS:



  • Dipukul berulang-ulang kali



  • Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya



  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag



  • Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut



  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya



  • Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)



  • Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya



  • Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar
    (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)



  • Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan
    HARI 20:






  • Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki



  • Dipukul dengan buluh



  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan



  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan



  • Dipukul dengan kayu golf



  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan



  • Dipukul dengan batang besi berulang kali.



  • Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk



  • Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan
    Dan dubur mengakibatkan pendarahan



HARI 30:



  • Lilin panas dititiskan ke muka



  • Kelopak mata dibakar dengan pemetik api



  • Dicucuk jarum di bahagian dada



  • Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar



  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan



  • Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting



  • Tidak boleh membuang air kecil dengan baik



  • Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan
    Pergi ke tandas



  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang terukSaiz otak mengecut



HARI 40:



  • Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”



  • I JANUARI 1989:



  • Menyambut tahun baru bersendirian.



  • Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.



  • Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN)





  • Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.


  • Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.


  • So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat.
Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu
kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun
masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.



P/s: Mengapa ada manusia yang berlaku kejam seumpama ini.. AstagfirullahAlazim...

Shared from: http://ohduniaku.com/







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Friday, January 27, 2012

Dunia Pondan?



.... Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".


SAYA PONDAN ISTIMEWA NATASYA FARISYA “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.
“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya. Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.
“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya. Petikan MyMetro Online

p/s: Alahai bro... Insaf2 lh wei..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Thursday, January 19, 2012

Antara cinta kekasih dan kasih ibu bapa

Assalammualaikum...


Ibu, Mama, Mak, Ummi, Mummy, Mom.... Semuanya gelaran bagi si dia yakni insan istimewa yang telah melalui saat getir ketika melahirkan kita. "Saya sayang mak saya", mgkin ayat ini biasa didengar di mana2.. tetapi berapa ramai agaknya diantara kita yg begitu memahami ayat ini? Hah! Ayat itu juga telah menjadi pilihan aku untuk dijadikan blog title.. aku suka ayat itu dan mungkin jga anda... ea kn? hehe... tapi jangan pandai mengungkapkan shja, tapi kenalah pandai smpurnakan ayt itu melalui kata2 (skdr pringatan kpd diri sndiri n anda) 

Antara cinta kekasih dan kasih ibu bapa... mana yg lebih bernilai? Mana yg lebih berharga? Sah2 lah kasih ibu bapa, ea kn? Cinta seorg kekasih xkn dibwa ke mana, tetapi kasih ibu bapa membawa sampai ke syurga. Lagi pun, spanjg kita mmbesar ibu bapalah yg menjaga kita dgn srius.. bagi tmpt tnggl yakni perlindungan, makan minum, pakaian, merawat kita and so on... : )
Tapi malangnya, ada juga remaja yg gagal memahami kasih ibu bapa. Sanggup susahkan ibu bapa dgn mlarikan diri ikut kekasih entah ke mana! Untuk apa? Untuk kepuasan diri semata2? Kalau tidak pun melarikan diri kerana terasa hati dgn ibu bapa.
Mgkin bgi remaja yg sebegini menganggap bhawa;


- bukan lupakan tapi membawa diri, agar ibu bapa memahami
- kasih sayang ibu bapa belum cukup untuk hidup bahagia, masih perlukan cinta kekasih
- hati dah sakit, nak pujuk hati, dah reda kemarahan atau hati tak sakit nanti, balik la sendiri



Tak salah nak bercinta tetapi perlu diingat, bukan sampai anda mengenepikan ibu bapa.
Fikirkan: Anda menikmati kasih sayang suci dan tulus daripada ibu bapa anda selama 15 tahun, 18 tahun, 25 tahun atau 28 tahun sebelum anda bertemu dan akhirnya bercinta dengan kekasih anda. Apakah waras dan logik tindakan anda melupakan segala kasih sayang itu hanya setelah bertemu cinta sejati daripada kekasih anda dua tiga bulan atau dua tiga tahun sebelum ini? Ingatlah!! Hubungan kekasih malah hubungan perkahwinan boleh berakhir dan hancur tetapi hubungan antara anak dan ibu bapa takkan putus hingga ke akhirat. 

Satu persoalan untuk difikirkan: Jika satu hari nanti, anda dah memegang status ibu atau bapa dan punyai anak gadis atau jejaka yang menyintai seseorang tetapi anda tidak setuju. Kesannya anak anda itu melarikan diri, sama seperti apa yang anda lakukan hari ini, apakah perasaan anda?Jangan mendabik dada mengucapkan anda takkan larang sebab akan lebih memahami. Bukan anda penentu storyline hidup anda dan anak anda.
Ingatlah!! Setitis air mata ibu anda yang jatuh ke bumi kerana sedih dek perbuatan anda, takkan anda tertanggung beban dosanya di akhirat nanti. Hanya kasih ibu kasih yang sejati. 

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, January 17, 2012

Sahabat Sejati (◕‿-)

Assalammualaikum...
Peace yoo.. V
(✿◠‿◠✿) (a❤‿❤a)

Sahabat? Semua orang ingin memiliki sahabat dlam hidup. Dengan sahabat kita boleh berkongsi suka duka kehidupan. Saling berteman seiring sejalan. Sahabat... seseorang yang boleh dikatakan sangat bermakna dalam hidup. Bersahabat tidak mengira jantina. Bukan setakat perempuan bersahabat dengan perempuan, lelaki bersahabat dengan lelaki. Tetapi juga ada yang lebih selesa memilih sahabat sejati dengan mereka yg mempunyai jntina yg berbeza. Semuanya mengikut keselesaan masing2. Yang penting terima dan cubalah untuk memahami hati dan perasaan sahabat sendiri. Jangan saling luka melukai.

Di sini dipaparkan pengertian sebenar sahabat sejati seperi yg dimaksudkan oleh ramai bijakpandai.
Seorang bijak pandai berpesan kpada ank lelakinya, " Wahai anakku, sekiranya engkau brasa perlu utk bsahabat dgn seseorang, maka hendaklah  engkau memilih orang yg sifatnya seperti brikut" :

01. Jika engkau berbakti kpadanya, maka dia akan melindungi kamu
02. Jika engkau rapatkan persahabatan dgannya, maka dia akan membalas balik persahabatan kamu
03. Jika engkau memerlukan prtolongan dripdanya, maka dia akan menolong kamu.
04. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikkan kpadanya, dia akan mnerimanya dgn baik
05.Jika dia mendapat kebajikan (bantuan) dripada kamu, maka dia akan mghargainya dan akan menyebut  kebaikkan kamu.
06. Jika dia melihat sesuatu yg tidak baik dripdamu, maka dia akan menutupnya.
07.Jika engkau meminta bantuannya, maka dia akan mengusahakannya.
08.Jika engkau mendiamkan diri (kerana malu hendak mminta), dia akan mnanyakan kesusahan kamu.
09.Jika dtg sesuatu bncana mnimpa kamu, dia akan mringankan ksusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, maka dia akan membenar kamu.
11. Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk mnjaga kepentingan psahabatn.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
14. Dia mendiringmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat...

P/s  Berhati2 memilih kawan! kerana kawan kita bahagia, tetapi kerana kawan juga boleh menghancurkan kehidupan kita... : )


Hey kamu, kenali teman2ku ea.. haha.. aku syg mereka2 ini.... Trima kasih krana sudi mnjadikan aku shabtmu... Jika dtanya siapa shabt sjatiku, pasti aku akn mnyebut nma2mu... ; )






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Monday, January 16, 2012

Fakta Tentang Wanita

Fakta tentang Wanita: 9 Alasan Kenapa Wanita Mudah Menangis

Fakta: Ada beberapa alasan kenapa wanita mudah menangis:

1. Kerana wanita tidak bisa mengungkapkan tekanan besar dalam dirinya kepada kata-kata, lalu ia bakal merasa stress.
2. Saat seseorang menyinggung masalahnya yang sensitif atau mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaannya.
3. Dalam perhubungan dengan pasangan, seorang wanita bisa menangis kerana marah terhadap pasangannya saat pasangannya melukai dirinya tapi tidak ingin memarahinya kerana ia terlalu sayang.
4. Pengaruh hormon saat menstruasi (estrogen).
5. Beberapa wanita suka menangis untuk mencari perhatian atau sebagai alasan agar pasangannya tidak memarahinya.
6. Kerana pandangan masyarakat yang menganggap bahawa wanita yang menangis itu adalah perkara biasa (socially acceptable), yang membuat mereka tidak malu buat menangis.
7. Rasa simpati seorang wanita yang lebih besar dari seorang lelaki. Jadi, tidak hairan kalau wanita lebih mudah menangis sewaktu dengar atau lihat cerita sedih.
8. Tangisan kegembiraan saat mereka merasa lagi senang.
9. Wanita menghasilkan hormon prolaktin 60% lebih banyak daripada cowok (NB: prolaktin terdapat di air mata dan darah).

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

50 Fakta Tentang Lelaki

50 Fakta Tentang Lelaki

::: Lelaki? Ada apa dengan lelaki? Memang sukar untuk memahami hati seorang lelaki. Hati mereka sukar dijangka. Namun harus diingat wahai wanita, lelaki juga punya hati dan perasaan. Suka duka Tawa dan riang terkatub rapat di sanubari sang lelaki. Juga punya perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Justeru, wahai semua wanita, jom kita ketahui fakta yang merungkai makhluk Adam ini.. Ada apa dengan mereka? Ada apa pada fikiran mereka?

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Sunday, January 15, 2012

Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”


Tahukah wanita sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita.

Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love!

Jika 23 tanda ini anda lihat pada pasangan anda, percayalah dia sangat menyayangi anda… :)

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :



Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.


Love  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )

Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

 

 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Hari dan Rahsia bulan kelahiran anda...

Rahsia Peribadi Seseorang Mengikut Bulan Yang Dilahirkan
(Berdasar Kaji Selidik Selama 25 Tahun Oleh Dr. Fazhilah Kamsah)



[Januari] [Febuari] [Mac] [April] [Mei] [Jun] [Julai] [Ogos] [September] [Oktober] [November] [Disember]

JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
  • Berfikiran abstarak
  • Sukakanbenda yang reality dan abstarak
  • Inteligent, bijak dan genius
  • berpersonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • lelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.


APRIL
  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik  jika tidak terkawal
  • Berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
  • Keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya hayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak ppunya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros


JUN
  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lamabt sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Air Mata Lelaki...

::: Lelaki jarang mnangis pada zahirnya, Tpi slalu nangis pda hatinya... Klau gugur air mata dia, Itu tentulah amat bmakna... (◕‿-) :::

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
...

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
(✿◠‿◠✿) (a❤‿❤a)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!