Wednesday, November 13, 2013

Cara solat yang betul untuk para muslimat (wanita)

Assalammualaikum..
Entry ni saya dapt dari sorang sahabat blog kita Fiqa NSZ...Dan dia pula dpat dari halaqah.., Moga Bermanfaat untuk kita semua.., InsyaALLAH : )
lwnd
Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Baiki cara solat khas untuk perempuan. 

Ingatlah, pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan-kawan perempuan dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat. Apabila pergi solat di tempat awam, terdapat bermacam gaya orang mendirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara-cara yang betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.


Adakah solat yang tidak berkualiti mahu diterima Allah?. Umur telah pun lanjut tetapi solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Maha Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niatadalah:

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali siapa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tidak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Allah yangEsa begitu menyayangi hamba-hambaNya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. 

Cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab semasa menghadap Allah.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitanyang berupa kambing hitam gemar bergayut dicelah-celah lengan(bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, jadi dengan kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-duatangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.


4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"


5) Sujud - sujud daripada segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit daripada ibu jari, yang mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :


i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki 

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.


7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.


9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat - seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.


Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang tidak mahu membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) jika dibimbangi, terdedah aurat kita ketika itu dengan itu tidak sah solat tersebut. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal ataupun jika tiada dipakaikan 2 lapis.


3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celahkerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Mudah- mudahan hasil daripadanya dapat jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..

P/s Klik SINI kalau Join k.. JOM KITA JOIN RAMAI2 : )



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Wednesday, November 6, 2013

Saya Nak Topap Free by AzizSafian.com

Dengan berbesar hatinya, saya Aziz Safian ingin memberikan anda topup secara percuma tanpa bayaran dan saya mengajak anda untuk sertai segmen ni. ^..^  Pemenang segmen ini akan dihadiahkan topap sebanyak: Tempat pertama: RM 10 Tempat kedua: RM 10 Tempat ketiga: RM 10  Namun, sekiranya saya ada rezeki lebih, saya akan menghadiahkan untuk tempat saguhati.  Mahu?  Mudah sahaja.  Syarat-sayarat untuk menyertai segmen ini: 1. Warganegara Malaysia*wajib  2. Mempunyai blog*wajib  3. Mempunyai telefon yang menggunakan prepaid/yang perlu ditopap tidak kira Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, ataupun Hotlink.*wajib  4. Folo blog ini.*wajib  5. Buat entri dengan tajuk "Saya Nak Topap Free by AzizSafian.com"   6. Dalam entri tersebut, letak banner kat atas ni dan link kan balik ke entri ni.   7. Kemudian anda perlu nyatakan sebab kenapa anda nak topap free dari AzizSafian.com*wajib  8. Hantar link dekat kotak komen.*wajib  9.Segmen ini bermula pada 2hb November 2013 sehingga 17hb November 2013.  10. Pemenang akan dipilih melalui 'random.org'     Ape lagi tunggu! Join laahhh! ^..^  Selamat bersegmen!

Assalammualaikum... Haip, buat 1st kalinya sya join Giveaway sorang lelaki.. nama dia Aziz Safian.. :) Sebab kenapa saya nak topap free dari AzizSafian.com ~ sebab sy nk hati sy gembira dpt topap free.. Hukhuk :p
Congrate pada AzizSafian.com yg bejaya mganjurkan Giveaway ni ya.. :) 

p/s Nak Join, Tekan Banner dkt atas tuh k.. Bye, :)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah~ 1435H



Salam Maal Hijrah utk semua umat Islam sedunia.. hari pertama awal Muharam, msti ramai yg berazam nk jdi yg lebih baik dri yg sblumnya.. :) itulah yang sepatutnya.. moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya ya.. :) Jom kita berhijrah! 
Tahun baru Islam ni, sya ada jg simpan niat.. hehe.. niatnya.. niatnya? Jeng2
Semua nk jdi hambaNya yg baik, jga solat.. buat solat Tahajud, banyakkan Ngaji.. jadi budak baik... tutup aurat sebaiknya.. sya jg nk jadi mcm tu.. InsyaAllah.. sama2 kita k.., ~mcm sedih jerr.. mcm sedih jerr.. :p
lagipun bila kita jdi budak baik, kita akan dpt jodoh yg baik2! Aisey :p 
ok la.. sya jnis xsuka taip pnjg2 dkt blog.. nnt entry jadi xok.. hehe
ok bye! Assalammualaikum..

p/s ku suka kamu dari darjah satu.. darjah satu.. lalalalala 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Sunday, November 3, 2013

NANA AMEER'S FIRST GIVEAWAY

Assalammualaikum :)
*ada penambahan hadiah

Giveaway ini ditaja oleh : 


DAN SEMUA PESERTA DAPAT VOUCHER 10% dr JASPLE BOUTIQUE !

Tarikh mula : 31 OKTOBER 2013 - 4 DISEMBER 2013
Senarai hadiah 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.




Shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 12.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :


  syarat-syarat wajib :  



  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) : klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!

Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!