Thursday, January 19, 2012

Antara cinta kekasih dan kasih ibu bapa

Assalammualaikum...


Ibu, Mama, Mak, Ummi, Mummy, Mom.... Semuanya gelaran bagi si dia yakni insan istimewa yang telah melalui saat getir ketika melahirkan kita. "Saya sayang mak saya", mgkin ayat ini biasa didengar di mana2.. tetapi berapa ramai agaknya diantara kita yg begitu memahami ayat ini? Hah! Ayat itu juga telah menjadi pilihan aku untuk dijadikan blog title.. aku suka ayat itu dan mungkin jga anda... ea kn? hehe... tapi jangan pandai mengungkapkan shja, tapi kenalah pandai smpurnakan ayt itu melalui kata2 (skdr pringatan kpd diri sndiri n anda) 

Antara cinta kekasih dan kasih ibu bapa... mana yg lebih bernilai? Mana yg lebih berharga? Sah2 lah kasih ibu bapa, ea kn? Cinta seorg kekasih xkn dibwa ke mana, tetapi kasih ibu bapa membawa sampai ke syurga. Lagi pun, spanjg kita mmbesar ibu bapalah yg menjaga kita dgn srius.. bagi tmpt tnggl yakni perlindungan, makan minum, pakaian, merawat kita and so on... : )
Tapi malangnya, ada juga remaja yg gagal memahami kasih ibu bapa. Sanggup susahkan ibu bapa dgn mlarikan diri ikut kekasih entah ke mana! Untuk apa? Untuk kepuasan diri semata2? Kalau tidak pun melarikan diri kerana terasa hati dgn ibu bapa.
Mgkin bgi remaja yg sebegini menganggap bhawa;


- bukan lupakan tapi membawa diri, agar ibu bapa memahami
- kasih sayang ibu bapa belum cukup untuk hidup bahagia, masih perlukan cinta kekasih
- hati dah sakit, nak pujuk hati, dah reda kemarahan atau hati tak sakit nanti, balik la sendiri



Tak salah nak bercinta tetapi perlu diingat, bukan sampai anda mengenepikan ibu bapa.
Fikirkan: Anda menikmati kasih sayang suci dan tulus daripada ibu bapa anda selama 15 tahun, 18 tahun, 25 tahun atau 28 tahun sebelum anda bertemu dan akhirnya bercinta dengan kekasih anda. Apakah waras dan logik tindakan anda melupakan segala kasih sayang itu hanya setelah bertemu cinta sejati daripada kekasih anda dua tiga bulan atau dua tiga tahun sebelum ini? Ingatlah!! Hubungan kekasih malah hubungan perkahwinan boleh berakhir dan hancur tetapi hubungan antara anak dan ibu bapa takkan putus hingga ke akhirat. 

Satu persoalan untuk difikirkan: Jika satu hari nanti, anda dah memegang status ibu atau bapa dan punyai anak gadis atau jejaka yang menyintai seseorang tetapi anda tidak setuju. Kesannya anak anda itu melarikan diri, sama seperti apa yang anda lakukan hari ini, apakah perasaan anda?Jangan mendabik dada mengucapkan anda takkan larang sebab akan lebih memahami. Bukan anda penentu storyline hidup anda dan anak anda.
Ingatlah!! Setitis air mata ibu anda yang jatuh ke bumi kerana sedih dek perbuatan anda, takkan anda tertanggung beban dosanya di akhirat nanti. Hanya kasih ibu kasih yang sejati. 

-DOA UNTUK IBU BAPA-
 

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

No comments: