Monday, June 18, 2012

Facebook vs Mati

:. Assalammualaikum.., Hey! Sya baru baca2 note dkt salah satu page yg terdapat kat facebook.., n akhirnya saya jmpa ssuatu yg rasanya sya bole kongsikn dkt anda smua.., So, sya copy paste dkat sini.., harap anda bcalah k.., ^_^y .:

SEMOGA ADA MANFAAT
mari kita renung²kan bersama
fikir²kan bersama
jika satu hari nanti kita mati
akaun facebook ini hanya kita yang tahu passwordnya
hanya kita yang boleh access

dan selepas kita mati
apa yang jadi pada akaun facebook kita..?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi.....

sedarkah kita..?
gambar² kita..?
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur..?
gambar² yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti...?

lelaki ajnabi terus²an tengok
dalam masa yang sama
tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita
walau sudah bertahun² kita mati
gambar itu terus ada
saham dosa terus meningkat
macam mana....?
pernah terfikir tak..?
tudung singkat yang dipakai tu akan selamatkan kita dalam kubur nanti..?
legging dan jeans ketat itu boleh selamatkan kita..?
baju yang membalut aurat itu pula bagaimana...?
pernahkah kita terfikir...?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar mahu berkongsi cerita dengan gambar² kita yang cantik
tempat² yang kita dah lawati di muka bumiNya
kita berbangga dan bermegah² dengan apa yang telah kita buat

tapi di akhirnya nanti
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur
semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cubalah kita renung²kan
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga ke hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah
mati itu pasti
kerana itu janji ALLAH
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga ALLAH redha dengan perkongsian ini
amin² ya robal alamin





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

No comments: