"Hargailah seseorang itu..selagi dia masih ada untuk kita....jgn smpai suatu hari nanti bila si "dia" yg setia mnjga cinta mu betul2 pergi....baru rasa menyesal...kerana kecewa + menyesal itu amat menyeksakan...." sesetia mana pun seseorang itu....sekuat mana pun seseorang itu dgn pendiriannya...ianya bergantung dengan cara kita mnjga hatinya jg....kerana..orang yang setia...bila dia dah "tarik diri"dia akan setia dgn pndiriannya...so...hati2 la k, keep smile owez...
Antara tanda lelaki jatuh cinta.
1. Lelaki yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Lalu dihulurkan ikatan persabahatan atau mungkin juga sekadar berkawan agar diri dapat lebih dekat dan erat diawal perkenalan, kerana apa yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Lelaki yang mencintai kamu akan menerima kamu dengan apa seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang teristimewa walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Lelaki yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Lelaki yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’,'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan dengan perkataan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung dibalik ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak menjemputnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.
7. Lelaki yang mencintai kamu akan selalu mengingatkan setiap saat dan kenangan yang dia lalui bersama, bahkan mungkin saat yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya yang mungkin tidak akan dapat berulang lagi.
8. Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa dan pernah mengungkapkannya.
9. Lelaki yang mencintai kamu akan belajar untuk menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang selesema, batuk-batuk atau jatuh sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Dan kamu merasakan cara dia seperti menyibuk dan mengganggu. Kerana dia sebenarnya bimbang dan begitu peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan bertanyakan tarikh ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Lelaki yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Lelaki yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Lelaki yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat kepada kamu supaya pandai bawa diri. Jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16. Lelaki yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Lelaki yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Lelaki yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan atau dia sendiri merasakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dan tersinggung, dia akan meminta maaf dan cuba untuk tidak mengulangi dan melakukannya lagi atau mungkin berdiam diri.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar. Dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain untuk dijadikan sebagai pengganti, lebih lagi kedudukan kamu dihatinya sebagai seorang yang teristimewa, dia sentiasa menunggu kehadiran kamu kembali.
23. Lelaki yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberi kepadanya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
No comments:
Post a Comment