Thursday, September 11, 2014

Petua Orang Lama

Assalammualaikum,

Petua Orang Lama? emmm, tajuk pun 'petua orang lama' kan, jadi jangan 1oo% percaya ok, kalau baca boleh, tapi kalau nk percaya, its up to u, :P



Terlalu lama berdiri
merosakkan tulang, urat-urat sekitar kaki menjadi kembang, liang vagina sentiasa basah

Terlalu lama duduk
merosakkan lipatan daging, akan mudah dihinggapi penyakit tua, tubuh badan menjadi kendur

Terlalu lama berjalan
merosakkan urat, dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya

Terlalu lama melihat
merosakkan darah, darah haid menjadi terlalu kotor dari kebiasaannya

Terlalu banyak tidur
merosakkan tenaga, menjadi pemalas, jauh jodoh

Selalu berangan-angan
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat, mudah dijangkiti kemandulan

Terlalu riang/gembira
merosakkan usus, mudah dijangkini keputihan pada liang vagina

Terlalu kerap marah
merosakkan hati, cepat kelihatan tua

Terlalu banyak berfikir
merosakkan limpa, kulit muka cepat berkedut, haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan, kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas

Terlalu banyak bersedih
merosakkan jantung

Terlalu merana
merosakkan paru-paru

Terlalu takut
merosakkan ginjal, apabila fungsi ginjal terjejas boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung

Terlalu kerap terkejut
merosakkan pundi hempedu, gejala pening kepala kerap dialami, haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih

Terlalu banyak makan
merosakkan pencernaan, mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk, liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina

Terlalu banyak minum munuman berais
merosakkan otot dan lambung, badan dan payudara menjadi lembik, berat badan meningkat, mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda

Terlalu banyak masa lapang
merosakkan fikiran, kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif

S E K I A N
p/s kalau perasan, banyak saya guna tanda koma, sebab tanda noktah rosak, x bole tekan, hehehehe
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

1 comment:

Unknown said...

simply say amalkanlah gaya hidup sihat hehe