Thursday, May 24, 2012
Siapakah jodoh kita agaknya yer??
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Siapa jodoh saya? Untuk mengetahui, tepatnya menebak siapa jodoh kita dalam bahasa ikhtiarnya, maka hal itu juga sangat ditentukan bagaimana kita mengetahui ”siapa diri kita”. Sangat sulit meneka siapa jodohnya bagi orang yang belum mengenal dirinya. Oleh kerana itu orang yang sudah faham siapa dirinya akan mudah untuk menemukan jodohnya. Jadi, ikhtiar yang harus kita lakukan pertama kali agar mendapatkan jodoh terbaik adalah memperbaiki diri. Kerana Allah telah berjanji lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik pula. ^_^y
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment