Friday, February 8, 2013

Kata-Kata Kebaikkan

Assalammualaikum.., semenjak dua menjak ni sya rajin join segmen n follow itu ini.., *Rajinla sangat! dulu xsuka like2 kcuali status/post kwn2 dkt FB.., HeHe ^_^y
Ok, tinggalkan dlu psl segmen2 ni suma.. now entry sya kali ni bukan pasal segmen tapi ttg kata-kata kebaikkan.., kata2 ni sya amik dkt status page yg sya like dkt FB, harap2 hati kita tersentuh dngan kata2 kebaikan ni k.., lembutkan hati kita semua ^_^y

✿ Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tak mungkin trcapai tujuan "Lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah"

✿ "Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, memohonlah kepada Allah." (HR. At-Tirmidzi) 

✿ "Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang." (HR Tirmidzi) 

✿ Rambutnya kerinting, kulitnya hitam, badannya berparut, tapi tapak kakinya kedengaran di syurga , dan dialah Bilal Ibnu Rabbah . :')

Jangan kamu hairan,tika mana tiba-tiba merindukan rasulullah S.A.W sedangkan kamu tak pernah melihatya, sebab Rasulullah S.A.W merindukan kamu juga sebelum sempat mengenali kamu,itulah aliran kasih dan Sayang Rasulullah S.A.W yang masih mengalir di jiwa umatnya hinggahlah masa kini 

✿ Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

✿ Biarlah dihina seluruh penduduk bumi dek tidak mengenali siapa itu PSY (Gangnam style :P)|Dari dihina Allah, seluruh penduduk langit dan seisi alam dek tidak mengenali siapa itu Muhammad bin Abdullah (s.a.w.)

✿ Apabila dalam hati seseorang itu ada perasaan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, maka itulah pembuka jalan untuk mendapat cinta Illahi :) 

✿ "Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, Allah SWT akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat." -Hadis Riwayat Abu Hurairah

✿ Pandang Al-Quran dapat pahala. Tengok ayat Al-Quran dapat pahala. Baca Al-Quran lagi banyak pahala. See? Allah S.W.T itu sangat pemurah :) 

✿ Apαbilα Allαh mencintαi seorg hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα

✿ Bila syaitan datang bisik, jawab balik: "Masa depan kau dah confirm neraka. Tetapi aku masih ada chance untuk masuk Syurga, insyaAllah!" ;)

✿ Cintailah Allah, nescaya Allah akan menghadiahkan seseorang yang juga mencintai-Nya untuk mencintai dirimu - Ibn al-Qayyim

"ALLAH, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu mengalir luas,
Selangkah ku rapat pada-Mu, seribu langkah Engkau rapat padaku
Tuhan, dosaku seperti pepasir di pantai, tapi nikmat-Mu sebesar alam...
Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini dari segala kesalahan dan kemungkaran yang telah daku lakukan semenjak daku dilahirkan ke bumi ini sehinggalah daku kembali bertemu dengan-Mu di Jannatul-Allah.... amin"


Credit to:- Cahaya Islam Indah
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

1 comment:

mecha_praline said...

benar sangat apa yang awak post dalam entri ni. :|